SEMASA

500 PESERTA  ‘MAHABBAH WALK 2017’ RAI PESAKIT DIALISIS

SHAH ALAM, 27 MAC 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan Program Larian Amal ‘Mahabbah Walk 2017’ yang bertemakan ‘Love Your Kidney’ pada 2 April 2017 bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam. Program ini adalah rentetan daripada Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang jatuh pada bulan Mac setiap tahun.

Program yang akan dijalankan ini adalah buat julung kalinya diadakan oleh pihak Yayasan Islam Darul Ehsan. Kesedaran berkenaan pentingnya menjaga buah pinggang adalah indikatur utama program ini dilangsungkan.   Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meraikan pesakit-pesakit dialisis yang menjalani rawatan di setiap Pusat Dialisis MAIS. Selain daripada itu pihak pengurusan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) juga ingin mengajak para pesakit dan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melaksanakan riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Selain daripada itu program ini juga adalah untuk merapatkan ukhwah antara satu dengan yang lain.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kini mempunyai sebanyak 6 Pusat Dialisis MAIS, antaranya di Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Bukit Jelutung dan Taman Malawati. Setakat ini seramai 263 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis yang dikawal selia oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Peserta terdiri daripada orang awam dan juga kakitangan daripada agensi-agensi Majlis Agama Islam Selangor  (MAIS) seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWF), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan agensi-agensi korporat turut hadir tanda sokongan kepada pesakit-pesakit Dialisis.

Setiap yuran penyertaan yang dibayar oleh para peserta, RM 5.00 akan disalurkan pada ‘Tabung Pusat Dialisis MAIS’ yang mana dengan sumbangan tersebut pihak Pusat Dialisis MAIS akan menambahbaik segala infrasturktur seperti mesin-mesin dialisis, pembelian kerusi roda dan juga dengan sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit dialisis yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos rawatan dialisis ini.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Keluarga Dan Wanita Negeri Selangor. Turut hadir juga adalah Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Tuan Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor.

 

Dalam majlis ini juga, pihak Yayasan Islam Darul Ehsan telah menerima sumbangan sebuah Van Toyota Hiace yang telah disumbangkan oleh pihak Lembaga Kolej Islam Malaya (LAKIM) dan penyerahan diserahkan oleh wakil LAKIM Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Arshad Ayub kepada Pengerusi YIDE. Sumbangan Van ini akan digunakan untuk menghantar dan mengambil pesakit-pesakit dialisis yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis MAIS dari rumah mereka ke Pusat Dialisis.

Mahabbah Walk 2017 (MW 2017) turut menampilkan dua penampilan khas iaitu Cik Siti Hajar Ahmad (Pengasas Nasi Lemak Anak Dara Viral) & En. Hamdi Jaafar (Bekas Atlet Olahraga Kebangsaan) bagi memeriahkan lagi suasana program ini yang akan berlangsung kelak.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat dan penyumbang yang hadir memberi sokongan kepada Pesakit-pesakit Dialisis ini dalam program Mahabbah Walk 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *