SEMASA

YIDE DAN THE INSPIRA TUNERS CLUB RAI RUMAH PENYANYANG ULIN NUHA

SUBANG JAYA, 17 JUN 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan The Inspira Tuners Club meraikan 37 penghuni rumah anak-anak yatim Ulin Nuha. Program ini adalah julung kalinya diadakan bersama dengan kelab permotoran yang mengumpulkan lebih 50 buah kenderaan Proton Inspira dari pelbagai daerah dalam negeri Selangor.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan khususnya berkaitan dengan hal ehwal anak yatim. Antara lain fokus YIDE juga adalah menyampaikan bantuan secara ‘Ad-Hoc’ kepada mangsa-mangsa yang ditimpa malapetaka dan juga menyediakan rawatan hemodialysis kepada masyarakat negeri Selangor.

Menurut Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi dengan mengadakan gotong-royong pembersihan sekitar kawasan rumah jagaan tersebut. Antara lain juga khidmat kaunseling atau motivasi juga diberikan kepada penghuni rumah Ulin Nuha oleh ahli jawatankuasa The Inspira Tuners Club.

Tambah beliau lagi “kanak-kanak ini diraikan dengan membawa mereka merasai pengalaman menaiki kenderaan berkonvoi bersama 50 buah kenderaan Proton Inspira yang membawa anak-anak yatim ini bersiar sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan terus ke tempat berbuka puasa The Glades, Putra Height pada sebelah petangnya.”

YIDE turut menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada semua anak-anak yatim dibawah jagaan Rumah Penyayang Ulin Nuha. Menjadi pengharapan agar anak-anak yatim ini sentiasa terbela bukan khususnya pada bulan Ramadan, malah menuntut semua pihak meraikan mereka juga pada bukan bulan Ramadan.

Tambah beliau lagi, program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *