SEMASA

YIDE HULUR SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEKSYEN 3, SHAH ALAM DAN MANGSA KEBAKARAN DI KG. BUKIT KUANTAN, KLANG.

 

SHAH ALAM, 9 MAC 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) diwakili oleh Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi YIDE, telah menyampaikan sumbangan kepada pihak SRA Seksyen 3, Shah Alam yang diwakili oleh Ustazah Filzah binti Mohd Nor, Guru Besar Sekolah Rendah Agama, Seksyen 3. Turut bersama dalam lawatan adalah Encik Ahmad Khairi bin Abdul Rahim, Pegawai Hal Ehwal Sumbangan YIDE dan Y.Bhg Prof. Madya Hamdan bin Abd Maad, YDP PIBG SRA Seksyen 3, Shah Alam.

Dalam rangka lawatan pihak YIDE ke tempat kejadian telah mendapati ruang bumbung kantin tambahan untuk pe

lajar-pelajar tahap 1 SRA Seksyen 3 diterbangkan oleh angin ribut tempoh hari. Hampir keseluruhan kawasan kantin tambahan musnah.

 

Pada hari yang sama juga, YIDE turut menyampaikan sumbangan kepada 4 keluarga mangsa kebakaran di Taman Kg. Kuantan, Klang yang melibatkan seramai 20 orang. Menurut pihak bomba yang hadir bersama, punca kejadian adalah disebabkan litar pintas yang berlaku. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Turut bersama dalam mengiringi lawatan pihak YIDE adalah Y.Bhg Tuan Haji Rahmat bin Haji Alwi, Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

Menurut Encik Md. Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Promosi dan Sumbangan YIDE, menyatakan

 

bantuan ini merupakan satu inisiatif YIDE dalam menyumbang tenaga dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat dan organisasi dalam negeri Selangor dalam meringankan beban setiap mangsa yang terjejas akibat musibah ini.

Tambah beliau lagi sumbangan daripada YIDE adalah atas dasar keprihatinan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj juga merupakan penaung Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang senantiasa cakna berkenaan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.

Program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor dan YIDE juga turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Kebajikan Selangor di bawah kelolaan Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Selangor.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor dan menawarkan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui Pusat Dialisis MAIS yang mempunyai 6 cawangan dalam negeri Selangor.

YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berkebajikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *