SEMASA

YIDE PERKUKUHKAN ORGANISASI, RAPATKAN SAF KAKITANGAN

 

HULU LANGAT, 22 MEI 2017; Seramai 80 orang kakitangan yang terdiri daripada Pihak Pengurusan, Pegawai dan Kakitangan sokongan telah menyertai Kursus Pemantapan Kepimpinan selama 2 hari 1 malam di Lembah Pangsun Eco Resort, baru-baru ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh Mantop Training, konsultan yang telah dilantik bagi menjayakan program ini.

Program ini melibatkan hampir keseluruhan kakitangan di Ibu Pejabat dan 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS (PDM) yang terdiri daripada PDM Sg. Besar, PDM Kuala Selangor, PDM Taman Melawati, PDM Bukit Jelutung, PDM Shah Alam dan PDM Kapar.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Tuan Mohd Nor Razali Abdullah objektif program ini diadakan adalah bertujuan mengwujudkan sifat kepimpinan kepada semua kakitangan YIDE, yang mana beliau berpandangan dewasa ini setiap kakitangan organisasi wajib ada daya kepimpinan supaya dapat bersama memacu visi dan misi dengan mengembling idea bersama demi kemajuan sesebuah organisasi

“Tambah beliau juga, program yang dikendalikan oleh Mantop Traning Sdn. Bhd juga berperanan sebagai merapatkan saf diantara kakitangan Ibu Pejabat dan 6 Pusat Dialisis MAIS. Selain itu juga, Hari Jururawat turut diraikan dengan memberi penghormatan kepada setiap jururawat dan pembantu dialisis di kesemua Pusat Dialisis MAIS (PDM) yang bertungkus lumus dalam menjaga amanah kerja yang diberikan dengan mengurus hal ehwal pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.”

“Selain itu, beliau juga mengharapkan kepada semua kakitangan yang hadir kursus pemantapan organisasi dan kepimpinan ini, dapat mengambil segala input dan menjadikan ianya sebagai satu platform kendiri dalam meningkatkan prestasi kerja dalam memacu organisasi selaras dengan Misi dan Visi Yayasan Islam Darul Ehsan.” katanya selepas majlis penutupan kursus pemantapan organisasi dan kepimpinan.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai serta barangan keperluan harian seperti pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.

Turut hadir bersama kursus ini  Puan Hajjah Nor Hafzam Mohammad Pengurus Operasi Pusat Dialisis MAIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *