SEMASA

YIDE HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI BATU 4, KAMPUNG IJOK

 

IJOK – 11 SEPTEMBER 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai dan barang keperluan asas harian kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam nahas kebakaran di Jalan Kubur, Batu 4, Kampung Ijok lewat petang semalam.

Sumbangan telah disampaikan oleh Muhammad Hafiz Bin Bahari, Pegawai Perhubungan Korporat sebagai satu inisiatif YIDE dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat musibah ini.

Sementara itu, Mat Ujalan Supian, 55 mangsa kebakaran menyedari rumah beliau dipenuhi asap dan api marak terbakar ketika beliau sedang berehat di ruang tamu rumah beliau. Tambah beliau lagi api mula marak sekitar jam 5 petang dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian.

“Buat masa ini, beliau tinggal di rumah ahli keluarga yang lain buat sementara waktu ini. Alhamdulillah semua ahli keluarga saya selamat, dan rumah bahagian belakang sahaja yang terbakar” katanya.

Tambah beliau lagi, punca kebakaran disebabkan litar pintas dan kerugian dianggarkan sekitar RM 50,000.00.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor dan menawarkan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui Pusat Dialisis MAIS yang mempunyai 6 cawangan dalam negeri Selangor.

Tambah beliau lagi sumbangan daripada YIDE adalah atas dasar keprihatinan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj juga merupakan penaung Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang senantiasa cakna berkenaan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.

Sumbangan ini adalah satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor dan YIDE juga turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Kebajikan Selangor di bawah kelolaan Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Selangor.

YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berkebajikan.

MUHAMMAD HAFIZ BIN HJ. BAHARI
Eksekutif
Perhubungan Korporat
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *