SEMASA

YIDE HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN LEMBAH JAYA SELATAN, AMPANG  

 

 

AMPANG – 13 SEPTEMBER 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai dan barang keperluan asas harian kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam nahas kebakaran di No 13. Jalan 10 C,Lembah Jaya Selatan, petang Rabu yang lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Muhammad Zubair bin Azizan, Pegawai Hal Ehwal Sumbangan dan Agihan sebagai satu inisiatif YIDE dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat musibah ini.

Sementara itu, Muhammad Ismail Ansari, 34 pemilik rumah tersebut menyatakan semasa kebakaran berlaku beliau sedang bekerja di luar dan hanya kedua ibu bapa serta anak saudaranya sahaja yang berada di rumah tersebut. Beliau turut dimaklumkan api terlalu cepat marak dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang.

Tambah beliau, meskipun beliau kini tinggal sehelai sepinggang, beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua ibu bapa dan anak saudaranya sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

 

“Buat masa ini, beliau tinggal di Dewan Orang Ramai Lembah Jaya Selatan dan menurut pihak forensic bomba punca kebakaran disebabkan lintar pintas dan kerugian diangarkan lebih RM 100,000.00 termasuk dua buah kereta dan dua buah motorsikal hangus terbakar” katanya.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor dan menawarkan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui Pusat Dialisis MAIS yang mempunyai 6 cawangan dalam negeri Selangor.

Tambah beliau lagi sumbangan daripada YIDE adalah atas dasar keprihatinan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj juga merupakan penaung Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang senantiasa cakna berkenaan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.

Sumbangan ini adalah satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor dan YIDE juga turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Kebajikan Selangor di bawah kelolaan Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Selangor.

YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berkebajikan.

MUHAMMAD ZUBAIR BIN AZIZAN

Eksekutif

Hal Ehwal Sumbangan & Agihan

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *