SEMASA

YIDE MELAWAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DAN HULURKAN SUMBANGAN

 

Keramat, 14 September 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan menzahirkan rasa sedih diatas kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz     , Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang telah mengorbankan 22 pelajar tahfiz dan 2 orang tenaga pengajar.

Lawatan YIDE diketuai oleh En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

YIDE telah diberi taklimat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dipercayai litar pintas berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas.

Kesemua pelajar lelaki berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Diharapkan kepada semua waris mangsa tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyalurkan sumbangan kecemasan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh En. Muhammad Hafiz Bahari, Pegawai Perhubungan Korporat YIDE kepada Tuan Haji Afandi Hamzah, Setiusaha Maahad Tahfiz Tersebut untuk membantu dari segi pembangunan semula banggunan tahfiz tersebut

Pihak Maahad Tahfiz menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak YIDE diatas keprihatinan yang telah diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *