SEMASA

YIDE TURUN PADANG HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT, SG NIPAH SABAK BERNAM

SUNGAI NIPAH, 12 SEPTEMBER 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai dan barang keperluan asas harian kepada 3 buah keluarga di sungai Nipah, Sabak Bernam yang terlibat dalam rebut lewat petang isnin lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi sebagai satu inisiatif YIDE dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban setiap mangsa yang terjejas akibat musibah ini.

Sementara itu, Mohd Basar Bin Kadio @ Haji Ahmad,70, salah seorang mangsa ribut yang paling teruk mengalami kerosakan bumbung rumah menyatakan ketika kejadian beliau dan keluarga sedang berehat di rumah bahagian bawah dan mendapati angin kencang menerbangkan hampir keseluruhan bumbung rumah bahagian atas dan harta benda rosak akibat terkena hujan.

“Buat masa ini, beliau masih lagi tinggal dirumah tersebut kerana rumah bahagian atas ahaja yang terjejas teruk. Alhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan membabitkan ahli keliarga beliau,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, kerugian dianggarkan RM 10,000.00 yang melibatkan bumbung rumah dan peralatan perabut.

Sementara itu, salah seorang mangsa lain yang sempat disantuni oleh YIDE lewat petang semalam, Zainudin bin Kasman, 74 beliau turut menzahirkan rasa syukur diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh YIDE dan dapat menampung kos-kos pembaikan bumbung dengan kadar segera memandangkan rumah tersebut juga turut didiami oleh anaknya yang berkelainan upaya.

 

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor dan menawarkan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui Pusat Dialisis MAIS yang mempunyai 6 cawangan dalam negeri Selangor.

YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berkebajikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *