YIDE & BSHB HULUR SUMBANGAN DAN KHIDMAT KAUNSELING KEPADA WARIS TRAGEDI MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ


YIDE & BSHB HULUR SUMBANGAN DAN KHIDMAT KAUNSELING KEPADA WARIS TRAGEDI MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ

Date: 05 Oct, 2017  No Comments

PUCHONG, 19 SEPTEMBER 2017 ; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Bakti Suci Holdings Berhad (BSHB) telah menyantuni sebuah keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada Jumaat yang lepas. Dalam lawatan mahabbah kepada keluarga waris, YIDE dan BSHB telah menyalurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga serta khidmat kaunseling kepada ibu bapa mangsa yang terlibat.

Waris mangsa yang ditemui, Mohammad Rodzi Jaafar, 43 adalah bapa kepada Allahyarham Ahmad Rijal bin Mohammad Rodzi,12 tahun menyatakan, beliau redho dengan ketentuan Allah S.W.T dan beliau menyifatkan bahawa anaknya adalah seorang yang sangat manja dan telah lancar membaca Al-Quran sepanjang setahun berada di pusat tahfiz tersebut.

Tambah beliau, kali terakhir beliau dan berjumpa Allahyarham semasa cuti persekolahan raya haji yang lalu. Kehilangan Allahyarham anaknya sangat dirasai oleh semua ahli keluarga. Kini kehilangan Allahyarham Ahmad Rijal memberi kesan kepada adik beradik yang lain kerana mereka sangat rapat antara mereka.

Dalam kejadian kira-kira 4,30 pagi petang hari Khamis yang lepas, 22 pelajar tahfiz yang berusia antara 6 hingga 12 tahun telah maut dalam tragedi suboh yang telah memusnahkan sebahagian pusat tahfiz tersebut.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Bakti Suci Holdings Berhad adalah sebuah agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghulurkan sumbangan dan khidmat kaunseling kepada waris-waris kebakaran pusat tahfiz tersebut sebagai salah satu program dibawah khidmat CSR syarikat.

Menurut Md Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi Sumbangan dan Promosi menyatakan bantuan ini merupakan satu inisiatif YIDE dan BSHB dalam menyumbang tenaga dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat negeri Selangor bagi meringankan beban setiap waris keluarga dan memberi khidmat kaunseling dalam menaikan kembali semangat semua waris yang telah kehilangan orang tersayang.

Tambah beliau lagi, program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE dan BSHB kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor. Beliau turut memohon kepada khususnya masyarakat diluar sana untuk menyalurkan bantuan terus kepada waris keluarga mangsa supaya bantuan yang diniatkan terus sampai kepada waris supaya tiada orang yang akan mengambil kesempatan didalam kesulitan yang dialami.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor ini dengan melaksanakan program-program agihan sumbangan kewangan, bantuan pendidikan, dan YIDE juga menawarkan perkhidmatan Rawatan Hemodialisis yang dikawal selia oleh Pusat Dialisis MAIS.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>