ANAK SYARIKAT MAIS MENYERTAI SEMINAR PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN INTEGRITI


ANAK SYARIKAT MAIS MENYERTAI SEMINAR PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN INTEGRITI

Date: 25 Oct, 2017  No Comments

Shah Alam, 14 Oktober 2017 ; YIDE dijemput untuk menghadiri Seminar Pembudayaan Dan Penghayatan Integriti yang di hostkan Bakti Suci Holding Sdn Bhd. YIDE dan BSHB adalah anak syarikat MAIS yang menjalankan peranan masing-masing dalam memacu kelestarian ekonomi khususnya masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Seminar yang dibentuk telah menampilkan panel-panel hebat bagi membincangkan khususnya bahana rasuah didalam pekerjaan. Antara panel yang telah membuat pembentangan adalah YBhg. Tuan Effezul Azran Bin Abdul Maulop, Penolong Kanan Penguasa, Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Turut dijemput berkongsi kisah benar adalah mantan majistret yang disabitkan kesalahan rasuah untuk memberi pandangan dan nasihat berkenaan bahana rasuah yang boleh merencatkan reputasi organisasi dan kehidupan.

Selingan terakhir bersama Finalis Da’i musim pertama Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazwan Padzil yang berkongsi berkenaan topik Makanan Neraka yang senantiasa menghantui perasuah.

Turut hadir ke seminar ini YBhg, Tuan Haji Afandi Siraj, CEO Bakti Suci Holdings dan YBhg. En. Nur Mohd Razali Abdullah, Act. CEO YIDE.
Perkongsian yang bermanfaat daripada ketiga panel ini, memotivasikan lebih 60 peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan BSHB, YIDE dan Pancar Bakti.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>