YIDE HULUR SUMBANGAN AD-HOC AKADEMI TAHFIZ IHYA UL-QURAN, KAMPUNG BUKIT LANCHONG


YIDE HULUR SUMBANGAN AD-HOC AKADEMI TAHFIZ IHYA UL-QURAN, KAMPUNG BUKIT LANCHONG

Date: 25 Oct, 2017  No Comments

BUKIT LANCHONG, 24 OKTOBER 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai kepada Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit Lanchong, yang terbakar pada ahad lepas.

Sumbangan telah disampaikan oleh Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi YIDE yang menyifatkan satu inisiatif YIDE dan Kerajaan Negeri dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban pihak Maahad Tahfiz yang terjejas akibat musibah ini.

Md. Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang melibatkan anak-anak tahfiz ini yang mana masyarakat masih lagi diselubungi rasa sedih akan tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiyah yang menimpa anak-anak syurga ini sebelum ini.

Masa sama, Md. Ariffin Jaafar berkata, memohon agensi-agensi kerajaan atau swasta serta NGO terus menyalurkan sumbangan kepada Akademi Tahfiz Ul-Quran bagi memberi keselesaan kepada pelajar serta memudahkan mereka segera menyambung semula pengajian.

Dalam kebakaran itu, ianya melibatkan bilik asrama bahagian atas musnah terbakar ketika itu kesemua pelajar tahfiz sedang mengulang kaji hafazan Al-Quran di bilik bacaan bahagian bawah, kata Mohd Khairul Ni’mat bin Doll Kawaid, Mudir Maahad Tahfiz tersebut.

“Buat masa ini, seramai 17 orang pelajar Maahad Tahfiz tersebut telah pulang ke rumah masing-masing sementara proses penambahbaikan bangunan diselenggara,” katanya.

Tambah beliau kerugian yang dianggarkan melebihi RM 20,000.00

Turut hadir bersama dalam menyantuni pihak tahfiz wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Subang Jaya, Mohd U.Asmazie bin Md. Jusoh bagi membanci barang keperluan asas seperti bantal dan tilam yang akan diserahkan kelak.


Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Selain memberi bantuan bencana kepada rakyat negeri Selangor, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor dan menawarkan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui Pusat Dialisis MAIS yang mempunyai 6 cawangan dalam negeri Selangor.

YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berkebajikan.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>