YIDE TERIMA 6 MESIN HEMODIALISIS


YIDE TERIMA 6 MESIN HEMODIALISIS

Date: 26 Oct, 2017  No Comments


SHAH ALAM, 26 OKTOBER 2017; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima sumbangan 6 mesin hemodialis daripada Wakaf Selangor Muamalat yang disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat pada pagi ini.

Wakaf Selangor Muamalat merupakan perkhidmatan berasaskan konsep wakaf oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dan orang awam untuk berwakaf.

Perkhidmatan ini adalah usahasama strategik di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor melalui rangkaian cawangannya di negara ini,

Wakaf Selangor Muamalat bukan hanya sekadar mengutip dan mengumpul dana, malahan Wakaf Selangor Muamalat juga bertanggungjawab menguruskan dana wakaf ini bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor.

Sebanyak RM 241,680.00 telah diperuntukan bagi membiayai 6 unit mesin hemodialisis iaitu 3 unit kepada Pusat Dialisis Mais, Cawangan Shah Alam dan 3 unit mesin di Cawangan Sungai Besar.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kini mempunyai sebanyak 6 Pusat Dialisis MAIS, antaranya di Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Bukit Jelutung dan Taman Malawati. Setakat ini seramai 263 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis yang dikawal selia oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

YIDE turut membuka ruang dan peluang kepada agensi-agensi korporat yang lain untuk bersama menyalurkan sumbangan kepada YIDE dalam terus membantu masyarakat khususnya di Negeri Selangor.

Antara lain Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan seperti menyalurkan sumbangan kecemasan kepada mangsa malapetaka atau musibah serta Menguruskan Semua Hal Ehwal Anak Yatim di Negeri Selangor.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wakaf Selangor Muamalat diatas sumbangan ini.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>