MAIS & ANAK SYARIKAT & NGO-I HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI UTARA


MAIS & ANAK SYARIKAT & NGO-I HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI UTARA

Date: 13 Nov, 2017  No Comments

KULIM, 9 November 2017 ; MAIS melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir bersama anak syarikat Bakti Suci Holdings Berhad (BSHB), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Yayasan Kasih Tauhid (YKT) dan turut bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang.

Menurut Md. Arifin Jaafar,Penyelaras Misi Bantuan Banjir ke utara menyatakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah menyelaraskan bantuan kepada 3 bahagian iaitu sumbangan pek makanan dan minuman, sumbangan bantuan perubatan serta pembersihan kawasan yang terkesan dengan musibah ini.

“Bantuan makanan disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) manakala bantuan perubatan disalurkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) juga turut menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mangsa banjir yang trauma.”

“Tambah beliau lagi MAIS dan Anak Syarikat cakna dengan musibah yang melanda beberapa negeri di utara tahun ini dan pada tahun 2015 MAIS bersama anak syarikat telah menyalurkan sumbangan yang sama kepada negeri Kelantan.

Dalam misi pada kali ini turut mengumpulkan 120 orang sukarelawan yang terlibat daripada pelbagai agensi. Katanya.”

Pasca Banjir pembersihan Negeri Kedah dimulakan di Kg. Lunas, Kulim dan turut menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan asas harian dan pek makanan.

Di Pulau Pinang, kawasan yang terkesan seperti Kg. Padang Menora, dan Kg. Masjid, Bukit Bendera turut disampaikan bantuan pembersihan dan barang-barang keperluan.

Bantuan ini merupakan satu inisiatif MAIS dan anak syarikat dalam menyumbang tenaga dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat negeri Kedah bagi meringankan beban setiap mangsa yang terjejas akibat musim hujan yang berterusan ini.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>