Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan & Penyerahan Dana 2017


Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan & Penyerahan Dana 2017

Date: 15 Nov, 2017  No Comments

SHAH ALAM, 15 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan RM910,000 kepada 72 badan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawahnya, hari ini.

Pengerusinya, Dato’ Setia Mohammad Adzib Mohd Isa berkata, semua NGO Islam terbabit menerima bantuan dana antara RM10,000 hingga RM20,000 menerusi aktiviti dakwah yang dijalankan.

“Ini menunjukkan MAIS komited membantu NGO-i dalam melaksanakan aktiviti yang memenuhi syarak dan undang-undang khususnya kepada masyarakat, di Selangor.

Sesi persidangan ini dimulakan dengan “Peranan NGO Islam Dalam Membangunkan Ummah Menurut Maqasid Syariah” yang dibentangkan oleh Ss Dr. Haji Anhar bin Opir selaku Timbalan Jabatan Mufti Negeri Selangor

Seterusnya dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Counter-Terrorism (E8) Bukit Aman, Dato’ Ayub Khan Mydin Pitchay mengenai Isu Keselamatan Negara dan diakhiri dengan slot terakhir mengenai Isu Rohingya yang dibentangkan oleh wakil Union of NGO of The Islamic World (UNIW), Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman.

Sumbangan menggunakan peruntukan Asnaf Fisabilillah Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu disampaikan Mohammad Adzib diiringi Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO-i.

Yayasan Islam Darul Ehsan turut menerima bantuan dana kebajikan rumah anak yatim yang akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim yang berdaftar dengan YIDE.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>