YIDE TERIMA SUMBANGAN RM 50,000.00 DARI LZS


YIDE TERIMA SUMBANGAN RM 50,000.00 DARI LZS

Date: 28 Nov, 2017  No Comments


Yayasan Islam Darul Ehsan menerima sumbangan RM 50,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor untuk dimanfaatkan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis MAIS.

Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis bagi menganti mesin yang telah menjangkau usia melebihi 10 tahun dan memastikan segala proses rawatan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

YIDE diwakili oleh YBhg. Puan Nor Hafzam binti Mohammad, Pengurus Operasi Pusat Dialisis MAIS. Sumbangan diserahkan oleh YBhg. Datuk Siti Maslamah bt Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah. LZS. Turut hadir En. Md. Arifin bin Jaafar, Pengurus Operasi, Promosi dan Sumbangan YIDE.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah berperanan sebagai badan khidmat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat Islam di negeri Selangor bagi mengekalkan keutamaan di dalam Maqasid Syar’iyah iaitu Penjagaan Ad-Din (Agama), Penjagaan An-Nafs (Nyawa), Penjagaan An-Nasl (Keturunan), Penjagaan Al-Aql (Akal) dan Penjagaan Al-Mal (Harta)


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>