SEMASA

YIDE Hadiri OKU Berselawat

Shah Alam, 1 Disember 2017 : Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dijemput menghadiri Sambutan Hari OKU bersama NGO-I MAIS peringkat Negeri Selangor yang diwakili oleh En. Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, Pegawai Perhubungan Korporat YIDE.

Majlis dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS.

Turut hadir SS Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Mufti Selangor, YBhg. Prof. Dato Dr Ab Halim Tamuri, Rektor KUIS dan YDH CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi J/K Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (MAIS)

Tahniah kepada NGO-I dibawah MAIS seperti Yayasan Faqeh, Arisma, Prisma & Pepias kerana menjayakan majlis ini.

Program ini turut membawakan forum “OKU: kiriman dari syurga” dan Jom Dhuha serta tazkirah khas daripada Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah pada slot sebelah pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *