SEMASA

Kejohanan Sukan Majlis Agama Islam Selangor 2017 (KESUMAS 2017)

Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengungguli juara keseluruhan dengan merangkul 5 Emas dan pada edisi kali ini juga gabungan Bakti Suci Holding Sdn Bhd dan Yayasan Islam Darul Ehsan melalui Kelab Sukan & Riadah (BAKRI) berjaya membawa pulang 2 gangsa melalui Ping-Pong Lelaki dan Wanita.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS.

Turut hadir bersama Y.A.A Tuan Mohammad Adib bin Husain,Ketua Hakim Syarie Selangor, SS Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid, Mufti Negeri Selangor, YBhg. Dr. Mokmin Basri Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) KUIS, YBhg, En. Abdul Basith Hamid, Officer In Charge LZS dan Ketua-Ketua Jabatan anak-anak syarikat MAIS.

Ukhwah diantara agensi dapat dilihat dalam kejohanan pada kali ini dengan mengamalkan ‘Fair-Play’ bagi setiap acara yang telah dipertandingkan.

Anak Syarikat MAIS

1) Bakti Suci Holding Sdn Bhd
2) Lembaga Zakat Selangor
3) Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS
4) Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd
5) (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
6) Yayasan Islam Darul Ehsan

Rakan Agensi
1) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
2) Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMS)
3) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *