SEMASA

PDM Kapar terima kunjugan daripada Top Glove


Kapar, 5 Disember 2017 : PDM Kapar menerima kunjungan mahabbah daripada Corporate Health Department Top Glove Corporation Berhad.

Menurut Mandy Tan Lay ching,Assistant Manager, Corporate Health lawatan ini merupakan kempen kesedaran kesihatan penjagaan buah pinggang yang dianjurkan oleh jabatan tersebut sebagai program CSR kepada kakitangan.

Kunjungan dari Top Glove ini telah disambut oleh Puan Nor Hafzam Mohamad, Pengurus Operasi Bahagian Pusat Dialisis MAIS dan seterusnya diberikan penerangan penjagaan kesihatan khususnya berkaitan buah pinggang kepada delegasi yang hadir.

Delegasi dari Top Glove juga dibawa menyantuni pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan hemodialisis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *