SEMASA

YIDE Bantu Mangsa Kebakaran

 

Klang, 12 Disember 2017 -YIDE di ketuai oleh En. Arifin bin Hj Jaafar, Pengurus Operasi, Bah. Promosi & Sumbangan YIDE telah menyerahkan sumbangan berbentuk keperluan harian dan wang kepada mangsa kebakaran di Jalan Kepayang, Klang.

Kebakaran melibatkan enam(6) buah rumah melibatkan dan empat(4) daripadanya adalah keluarga Melayu Islam. Mangsa telah ditempatkan di Dewan Orang Ramai Taman Berkeley, Klang sementara siasatan dan bantuan dari pihak bewajib.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *