YIDE Dan BSHSB Ucap Tahniah Perlantikan Pengerusi Mais Baharu


YIDE Dan BSHSB Ucap Tahniah Perlantikan Pengerusi Mais Baharu

Date: 27 Dec, 2017  No Comments


Yayasan Islam Darul Ehsan dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd menzahirkan ucapan tahniah diatas perlantikan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru berkuat kuasa 1 Januari 2018 ini.

Pelantikan berkenaan menggantikan Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi MAIS sejak 2005 pada 31 Disember 2017.
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Pengerusi MAIS telah mendapat perkenan Sultan Selangor dan pemilihan beliau sangat tepat kerana pengalaman yang luas sebagai pentadbir di Selangor malah mempunyai pengalaman menerajui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pengarah pada 2009 hingga 2011. Ketegasan beliau dalam isu-isu semasa berkaitan agama Islam semasa menjawat jawatan sebagai Pengarah JAIS dilihat dapat meruskan misi MAIS “Membangunkan Sosial dan Ekonomi Ummah Di Negeri Selangor Dalam Memartabatkan Syiar Islam”.

YIDE dan BSHSB turut mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa diatas jasa dan bakti yang dicurahkan selama lebih kurang 12 tahun menjadi Pengerusi MAIS yang telah memartabatkan institusi agama ini lebih dikenali dan dihormati.

Sikap merendah diri dan sentiasa turun ke lapangan dalam segenap isu khususnya berkaitan dengan agama Islam melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang yang komited dan bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang diberikan serta menjadikan Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa disenangi oleh pelbagai pihak serta masyarakat bukan Islam.

Sultan Selangor berkenan melantik dan menerima sembah menghadap tiga anggota MAIS yang baru bagi sesi 2018 hingga 2020 iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Mohd Farid Ravi Abdullah; Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian.

Pelantikan sebagai anggota MAIS itu berkuat kuasa dari 1 Januari 2018. Diharapkan dengan gandingan pelbagai latar belakang dapat meneruskan misi MAIS dan Visi MAIS.


leave a comment

All fields with * are required:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>