SEMASA

YIDE menyantuni mangsa kebakaran di Pangsapuri Seri Perantau, Jalan Sireh Junjung, Pelabuhan Klang.

PELABUHAN KLANG, 21 Disember 2017 – Skuad Cakna Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) diketuai oleh Pengurus Operasi iaitu En. Md Ariffin bin Hj Jaafar telah menyantuni mangsa kebakaran En Zaidi bin Tukimin di Blok B-7-8 Pangsapuri Seri Perantau, Jalan Sireh Junjung, Pelabuhan Klang.
YIDE turut menyumbangan keperluan harian dan dan wang tunai kepada mangsa.

Kebakaran berlaku pada 20 Disember 2017. Menurut mangsa, semasa kejadian pada jam tiga (3) petang isteri mangsa ingin ke tandas dan mendengar bunyi renjatan elektrik di plug bilik tanpa menjangka sebarang kejadian yg tidak di ingini berlaku lalu masuk ke tandas dan mendapati terdapat asap dan bau kebakaran. Apabila keluar untuk mendapatkan kepastian mendapati kebakaran berlaku bermula d bahagian bilik utama dan merebak ke kawasan ruang tamu dan bilik sebelah.
Sijil kelahiran, sijil nikah, geran kereta dan sejumlah wang turut terbakar semasa kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

YIDE adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti kebajikan didalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan keperluan harian secara ad-hoc kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain kepada mangsa ditimpa musibah.


Segala kejadian berkaitan musibah bencana /malapetaka boleh menghubungi pegawai En Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *