SEMASA

YIDE Ucap Tahniah Perlantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor sesi 2018-2020

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menzahirkan ucapan tahniah diatas perlantikan sebagai ahli majlis MAIS untuk sesi 2018 hingga 2020.

Sultan Selangor berkenan melantik dan menerima sembah menghadap tiga anggota MAIS yang baru bagi sesi 2018 hingga 2020 iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian.

Diharapkan dengan gandingan pelbagai latar belakang dapat meneruskan misi Majlis Agama Islam Selangor “Membangunkan Sosial dan Ekonomi Ummah Di Negeri Selangor Dalam Memartabatkan Syiar Islam” dalam menjadikan sebuah institusi agama yang dihormati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *