SEMASA

YIDE CAKNA TURUN PADANG

PELABUHAN KLANG, 5 Januari 2018 – Mangsa kebakaran rumah yang didiami oleh seorang ibu tunggal bersama lapan (8) orang anak di Jalan Aur, Pelabuhan Klang telah mendapat perhatian Skuad Cakna Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Skuad Cakna YIDE telah menyerahkan sumbangan berbentuk tunai dan kit’s keperluan harian kepada mangsa.

Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu melibatkan rumah kuartes kerajaan. Menurut mangsa Suriyati binti Yusuf seramai dua (2) orang anak mangsa berumur 21 tahun dan 15 tahun berada di tempat kejadian yang bersiap untuk ke sekolah. Mangsa mendapati terdapat asap tebal dari rumah kosong sebelah rumah mangsa.

 

Hasil siasatan awal pihak bomba kebakaran berpunca dari tinggalan sisa aktiviti dari penagih dadah di rumah kosong tersebut. Operasi memadamkan api membabitkan 18 pegawai dan anggota bomba yang turut dibantu penduduk dan orang ramai.

YIDE adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti kebajikan didalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan keperluan harian secara ad-hoc kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain kepada mangsa ditimpa musibah.

Segala kejadian berkaitan musibah bencana /malapetaka boleh menghubungi pegawai En Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *