SEMASA

YIDE LAWAT PRASARANA

Bangsar, 10 Jan 2018 : Lawatan kunjungan hormat kepada Prasarana Malaysia Berhad diketuai oleh En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE.

Perbincangan dua hala bersama En. Azhar Ghazli Senior Vice President Media & Communications, Prasarana Negara Berhad dan Pn. Khairul Bariah, PR Officer Prasarana dalam perangkaan awal untuk menjalinkan usahasama dari sudut penajaan anak-anak yatim dan hemodialisis.

Syarikat Prasarana Negara Berhad merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut. Ia juga memiliki rangkaian bas yang digunakan untuk perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.

YIDE komited dalam membantu anak-anak yatim yang berdaftar bersama YIDE dan meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Dialisis MAIS dengan menggantikan mesin hemodialisis yang lama bagi melancarkan operasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *