Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima kunjungan daripada Al-Fadhil Ustaz Farhan Haji Alias, Pemangku Pengarah Yayasan Al-Baghdadi yang disambut oleh En. Nur Mohd Razali Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif YIDE.

Perbincangan antara dua delegasi selama 1 jam berkisar berkenaan pengajaran Al-Quran kepada anak-anak yatim yang akan dijalankan kelak khususnya kepada penghuni rumah anak yatim yang akan terbina seawal 2019.