Kapar, 3 September 2017 : YIDE Menyantuni dua buah keluarga di Kg. Sg. Serdang dan Kg. Tok Muda, Kapar yang mana kediaman mereka ditimpa pokok kelapa akibat angin yang kuat tempoh hari.

Sumbangan diserahkan oleh En. Muhammad Hafiz Bahari, Pegawai Perhubungan Korporat kepada En. Nizam Mahmud dan En. Abdul Samad Mohamad Yusop. Sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian diserahkan bagi membantu sedikit sebanyak mangsa yang menghadapi musbiha ini.