5 Ogos 2016 Majlis Beramah Mesra dan sumbangan cenderahati daripada pihak YIDE kepada pesakit-pesakit Pusat Dialisis MAIS dari cawangan Taman Melawati. Kehadiran Tn. Haji Mohd Zubir Bin Idrus dan En. Badrul Hisham Bin Mohd Isa mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) diiringi En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE memeriahkan lagi suasana majlis ini. Selaku ALPA, Tn. Hj Mohd Zubir dan En. Badrul sentiasa mendengar, mengambil berat dan perhatian terhadap masalah-masalah yang dihadapi pesakit-pesakit dialisis. Manakala, En. Nur Mohd Razali pula akan sentiasa memastikan perkhidmatan YIDE ditahap yang lebih baik dari segi operasi dan tanggungjawab YIDE terhadap para pesakit dialisis.
Pihak YIDE sentiasa mendoakan agar pesakit-pesakit dialisis sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah SWT