SUMBANGAN HARI RAYA 2016


SUMBANGAN HARI RAYA 2016

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
18 Jun 2016 bersamaan 13 Ramadhan 1437H & 19 Jun 2016 bersamaan 14 Ramadhan 1437H.

D.Y.T.M Raja Muda Selangor mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada 800 anak yatim bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berupa wang tunai itu disampaikan kepada penerima terdiri daripada anak-anak yatim dan berupa cek kepada nazir-nazir masjid yang mewakili anak-anak yatim dari sekitar daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Sepang. Di mana majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor da Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Rawang Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang juga Pengerusi YIDE, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, penganjuran majlis tersebut membuktikan keprihatinan Raja Muda terhadap golongan anak yatim.

Ini merupakan acara tradisi di bulan Ramadan untuk sama-sama meraikan golongan anak-anak yatim dan juga kesinambungan kepada program meraikan asnaf fakir serta mualaf di negeri ini.

MAIS melalui YIDE memperuntukkan sejumlah RM708,400 untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim di seluruh negeri ini pada Ramadan kali ini,
Seramai 7,084 orang anak yatim dari seluruh negeri akan menerima sumbangan itu yang turut akan diagihkan di 366 masjid oleh nazir yang dilantik.