BUKIT LANCHONG, 24 OKTOBER 2017 ; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai kepada Akademi Tahfiz Ihya Ulquran – ATIQ, Kampung Bukit Lanchong, yang terbakar pada ahad lepas.

Sumbangan telah disampaikan oleh Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi YIDE yang menyifatkan satu inisiatif YIDE dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban pihak Maahad Tahfiz yang terjejas akibat musibah ini.

Md. Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang melibatkan anak-anak tahfiz ini yang mana masyarakat masih lagi diselubungi rasa sedih akan tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiyah yang menimpa anak-anak syurga ini sebelum ini.
Masa sama, Md. Ariffin Jaafar berkata, memohon agensi-agensi kerajaan atau swasta serta NGO terus menyalurkan sumbangan kepada Akademi Tahfiz Ul-Quran bagi memberi keselesaan kepada pelajar serta memudahkan mereka segera menyambung semula pengajian.