KULIM, 9 November 2017 ; MAIS melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir bersama anak syarikat Bakti Suci Holdings Berhad (BSHB), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Yayasan Kasih Tauhid (YKT) dan turut bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang.

Menurut Md. Arifin Jaafar,Penyelaras Misi Bantuan Banjir ke utara menyatakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah menyelaraskan bantuan kepada 3 bahagian iaitu sumbangan pek makanan dan minuman, sumbangan bantuan perubatan serta pembersihan kawasan yang terkesan dengan musibah ini.