JOM PAY


JOM PAY

JOM INFAQ SUBUH BERSAMA YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) DI 42 BANK MELALUI JomPAY (PERBANKAN INTERNET)

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) adalah merupakan sebuah agensi di bawah MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kemaslahatan ummah dan penyalur kebajikan di negeri Selangor yang memfokuskan kepada 3 kategori utama, iaitu ;

1) Memberi bantuan/sumbangan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah/malapetaka dan bencana alam,
2) Menjaga kebajikan & hal ehwal anak-anak yatim di Selangor (yang berdaftar) dari segi kerohanian, kesihatan, pendidikan dan kewangan, serta
3) Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis & menjaga kebajikan pesakit-pesakit dialisis di 6 buah cawangan Pusat Dialisis MAIS di seluruh Selangor.

Bagi merialisasikan hasrat murni di atas, marilah kita bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari harta untuk mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia & di akhirat…Insha Allah…

Carilah peluang untuk memperolehi sebanyak mungkin pahala selagi bumi ini diciptakan bagi insan yg ingin berlumba-lumba mengejar mencari ganjaran untuk ke syurga idaman…berdasarkan

Firman Allah S.W.T :
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
“Berlumba-lumbalah dalam kebaikan” (QS. Al Baqarah: 148).

وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.” (QS. Al Muthoffifin: 26). Maksudnya untuk meraih berbagai nikmat di syurga, seharusnya kita berlumba-lumba.

Firman Allah SWT :

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُوَن.
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Untuk mengetahui senarai bank, sila layari : www.jompay.com.my