SKOP UTAMA


SKOP UTAMA

Hal Ehwal Berkaitan Anak-anak Yatim Negeri Selangor

  • Melaksanakan program agihan sumbangan kewangan hari raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di Negeri Selangor dan semua hal ehwal yang berkaitan anak-anak yatim seperti bantuan dana pendidikan,perubatan,penyerahan bantuan pakaian sekolah serta mewujudkan program Celik Al-Quran dalam usaha melahirklan generasi pintar Al-Quran di kalangan anak-anak Yatim

Musibah/Malapetaka

  • Memberi Sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai serta barangan keperluan harian seperti makanan & minuman dan barang kelengkapan diri kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka seperti tanah runtuh, banjir serta kemalangan.

Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis, Pusat Dialisis MAIS

  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis di Enam (6) buah cawangan Pusat Dialisis MAIS (PDM) di Shah Alam,Kapar,Kuala Selangor,Sunagi Besar, Taman Melawati (Gombak) dan Bukit Jelutong (Shah Alam)
  2. Menguruskan dan mengawal selia serta klinikal semua Pusat Dialisis MAIS.
  3. Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dengan sempurna dan selamat serta memastikan pesakit berpuashati dengan layanan diberikan oleh Yayasan.
  4. Menerapkan pengisian rohani kepada pesakit-pesakit dengan memberikan ceramah dan tazkirah oleh Penceramah jemputan agar dapat memotivasikan diri untuk meneruskan kehidupan.
  5. Merancang dan melaksanakan program penerangan dan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan, pemakanan dan sebagainya kepada masyarakat umum seperti menganjurkan Hari Buah Pinggang Sedunia, Kempen Derma Darah dan Ceramah-Ceramah yang berkaitan bidang
  6. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan hemodialisis dan lain-lain program berkaitan.