20915301_1437186246388741_2461503714679083697_n

KUPON INFAQ

£2.00

Compare

KUPON INFAQ

£2.00

Description

Infaq atau sumbangan yang dikeluarkan melalui kupon sebanyak RM 2.00 adalah pertama kali diadakan dalam usaha mencari dana tambahan  membantu masyarakat Negeri Selangor khususnya kepada 3 aspek utama iaitu bantuan hal ehwal malapetaka/musibah, Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis dan Program-program untuk anak yatim. 3 skop utama ini bersesuaian dengan prinsip penubuhan YIDE adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan bagi membantu dan meringankan setiap beban individu yang memerlukan di negeri Selangor.

Kupon infaq ini adalah satu alternatif kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kepada individu yang mengalami musibah atau malapetaka, Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis dan Program-program untuk anak yatim. Sumbangan orang ramai akan terus disalurkan mengikut skop keperluan tersebut. Umum kita mengetahui, terdapat banyak individu yang meminta sumbangan dengan menggunakan cara yang salah, seperti memaksa anak-anak kecil meraih simpati dan yang mana kita sendiri tidak mengetahui aliran wang yang didermakan adalah untuk anak-anak kecil tersebut atau hanya untuk individu yang berkepentingan.

YIDE menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan sumbangan kepada saluran yang benar-benar memerlukan dan pastikan orang ramai dapatkan keratan kupon infaq YIDE setelah melaksanakan infaq kepada Amil-Amil Zakat yang dilantik

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KUPON INFAQ”