STRUKTUR KORPORAT


STRUKTUR KORPORAT

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.

Matlamat utama penubuhan YIDE adalah berperanan sebagai badan khidmat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat Islam di negeri Selangor bagi mengekalkan keutamaan di dalam Maqasid Syar’iyah iaitu Penjagaan Ad-Din (Agama), Penjagaan An-Nafs (Nyawa), Penjagaan An-Nasl (Keturunan), Penjagaan Al-Aql (Akal) dan Penjagaan Al-Mal (Harta)