YIDE HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG. DELEK

KLANG, 08 NOVEMBER 2017 ; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyumbangkan beg kelengkapan diri dan sumbangan kewangan kepada 3 buah keluarga mangsa kebakaran di Lot 11666 Lorong Haji Nahar, Kampung Delek Baru, Klang.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi yang dipertangungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai serta barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.
Laporan awal yang diperolehi kebakaran melibatkan 3 unit rumah tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba. Ketika kejadian penghuni ketiga-tiga rumah tersebut keluar bekerja. Tiada kemalangan jiwa berlaku.